Penceramah

Dr.Haji Mohd Ismail Bin Mohd Tambi ialah Pakar Sakit Tuan dan Kesihatan Reproduktif dan Seksual Lelaki dan Wanita.Beliau bertugas sebagai Konsultan Kesihatan Seksual dan Reproduktif lelaki dan wanita diDamai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur setelah bertugas dengan kerajaan lebih 26 tahun. Beliau telah membentang tidak kurang dari 90 kertas kerja dalam bidang Kesihatan Reproduktif dan Seksual di dalam dan luar negeri.

 

Dr. Nurashikin Bt. Ibrahim Mendapat kelulusan ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya (MBBS Malaya) di dalam bidang kedoktoran.. Dr. Nurashikin telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Kesihatan Awam pengkhususan Kesihatan Keluarga pada tahun 2000. Kini beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan di Unit Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau turut mendapat latihan dalam aspek Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam Bencana di Jepun. Selain itu, beliau juga mempunyai pengetahuan luas dalam bidang promosi kesihatan mental dan pencegahan penyakit mental serta mendapat latihan pencegahan bunuh diri di Australia pada tahun 2008.

Puan Siti Farizah, Pakar Pemakanan KPJ

Kevin Zahri, jurulatih persendirian dan pakar pemakanan yang diiktiraf US AFTA. Beliau juga seorang jurulatih kecergasan dan pengarang buku kecergasan termasuk buku terlaris "Bagaimana untuk Kurangkan 5kg dalam 5 Minggu”.Selain itu beliau juga banyak dijemput untuk menjadi penceramah dan banyak mengadakan bengkel berkaitan kecergasan. Kehebatan beliau terbukti setelah ramai yang berpuas hati dengan hasil yang mereka perolehi.