Pengenalan

OBJEKTIF KARNIVAL DAN SEMINAR JOM SIHAT

Objektif karnival ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan kepakaran dan perkongsian ilmu dalam menjaga kesihatan holistik. Selain itu, seminar yang akan diadakan semasa karnival ini berlangsung juga akan membicarakan isu-isu semasa dan cabaran akan datang yang melibatkan kesihatan dan juga merangkumi semua aspek kesihatan seperti :
  • Pemakanan Kesihatan
  • Kekal Cergas 24/ 7
  • Kepentingan Kesihatan Mental Sebagai Kesihatan Menyeluruh
  • Kesihatan Reproduktif Lelaki dan Wanita
  • Asas Urutan Dalam Sukan

SASARAN PESERTA

  • Kakitangan awam dan swasta
  • Mereka yang terlibat dalam organisasi sukan
  • Guru- guru
  • Pelajar
  • Sesiapa yang berminat untuk menghadiri Karnival dan Seminar Jom Sihat 2012
  • Orang Awam