Laman Utama
Pengenalan
Sejarah pendidikan tinggi yang secara sistematik di Malaysia
hanya dapat dikesan bermula tahun 1904, iaitu 100 tahun yang
lalu. Ianya bermula dari sebuah Universiti iaitu Universiti
Malaya. Pendidikan tinggi kemudiannya telah berkembang dengan
tertubuhnya beberapa buah Universiti seperti Universiti
Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra
Malaysia dan Universiti Utara Malaysia. Seterusnya, diikuti
penubuhan beberapa Universiti dan Kolej Universiti selepas tahun
2000.
Universiti-universiti ini pada awalnya telah menjadi
penyumbang utama sumber manusia dalam jurusan sains,
kejuruteran dan pengurusan di Malaysia. Kita sudah tentunya
boleh berbangga dengan kejayaan menghasilkan graduan yang
terlibat dalam pembangunan fizikal negara.
Namun begitu, salah satu aspek penting dalam menghasilkan
graduan yang berkualiti ialah pembangunan pelajar yang seimbang
baik dari segi akademik, sahsiah mahupun kerohanian mereka.
Maka, persidangan ini adalah diharapkan dapat mengupas
aspek-aspek berkenaan bagi mencapai kehendak menjadi negara
terbilang melalui pembangunan modal insan cekap dan teratur.
Objektif
Di antara objektif persidangan ini adalah:
- Memahami sejarah pembangunan pelajar di Malaysia.
- Mengiktiraf peranan, sumbangan dan kejayaan Institusi Pengajian Tinggi ke arah pembangunan fizikal negara.
- Bertindak dengan sewajarnya dalam menghasilkan graduan yang berkualiti dengan mengambil kira keperluan industri dan pelanggan.
- Mewujudkan satu platform bagi tenaga akademik dan badan profesional bagi memperkenalkan dan membentangkan hasil pengalaman dan berkongsi kaedah atau cara pengendalian pembangunan pelajar.
- Melihat ke hadapan peranan dan cabaran institusi pengajian tinggi, industri dan badan profesional dalam era globalisasi dalam mencapai negara maju.
Skop Persidangan
Skop perbincangan yang akan dibentangkan dalam persidangan ini terdiri daripada:
- Pembangunan Ko-Kurikulum
- Perkembangan Pembangunan Pelajar
- Pembangunan ICT dalam Pembangunan Pelajar
- Pengantarabangsaan Pembangunan Pelajar
- Kemahiran Insaniah:
i) Kemahiran Berkomunikasi
ii) Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyelesaikan Masalah
iii) Kemahiran Kerja Berpasukan
iv) Pembelajaran Berterusan & Pengurusan Maklumat
v) Kemahiran Usahawan
vi) Etika & Moral Profesional
vii) Kemahiran Kepimpinan
* Pelbagai tajuk yang berkaitan dengan Pembangunan dan Kemahiran Insaniah Pelajar juga turut boleh dicadangkan untuk perbentangan.
Sasaran Peserta
Ahli-ahli akademik, pengetua / Felo Kolej Kediaman, Pentadbir dan
Pengurus Asrama, Pensyarah, Pegawai HEP, Kaunselor, Pemimpin
Pelajar daripada IPTA dan IPTS seluruh Malaysia serta individu
yang berminat untuk menyertai persidangan ini.