Call for Papers
Panduan untuk Pengarang
Abstrak mesti sampai ke sekretariat persidangan pada atau sebelum
15 Ogos 2008
Penyediaan Abstrak
Abstrak dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris tidak melebihi 500 patah perkataan
mesti dihantar secara terus (online) dalam format Microsoft Word
sahaja, saiz A4 dengan menggunakan tulisan Times New Roman, saiz 12.Pengarang diminta untuk mengenalpasti bidang yang bersesuaian dengan kertas kerja tersebut.Abstrak mesti mengandungi tajuk kertas kerja, nama-nama pengarang,alamat majikan, nombor telefon dan faks, alamat emel, kata kunci (keyword) (tidak lebih dari 5 kata kunci), latar belakang, objektif, rumusan metodologi, hasil dan perbincangan.Tajuk kertas kerja mesti tidak melebihi dari 150 karakter dan mesti dalam format title case.
Ulasan abstrak akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal.
Seorang pengarang dari setiap satu kertas kerja perlu mendaftar
sebagai pembentang kertas kerja dan menyertai persidangan. Skop/Tajuk kertas kerja adalah :
1. Pembangunan Ko-Kurikulum
2. Perkembangan Pembangunan Pelajar
3. Pembangunan ICT dalam Pembangunan Pelajar
4. Pengantarabangsaan Pembangunan Pelajar
5. Kemahiran Insaniah:
i) Kemahiran Berkomunikasi
ii) Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyelesaikan Masalah
iii) Kemahiran Kerja Berpasukan
iv) Pembelajaran Berterusan & Pengurusan Maklumat
v) Kemahiran Usahawan
vi) Etika & Moral Profesional
vii) Kemahiran Kepimpinan
Pengesahan Penerimaan Abstrak
Notis pemberitahuan penerimaan abstrak akan dihantar kepada
pengarang melalui emel.Pengarang boleh menghubungi sekretariat
persidangan sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas 7 hari
bekerja daripada tarikh penghantaran abstrak.