PENGENALAN
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC) pada tahun 2010 ini merupakan kali yang ketiga sejak pertama kali diadakan pada tahun 2006. Persidangan ini menyediakan wadah
perbincangan dan perkongsian idea antara ahli akademik, guru, kaunselor, pentadbir, pengurus asrama, mahasiswa, pelajar dan para profesional yang terlibat tentang pembangunan pelajar untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti.
OBJEKTIF
Selaras dengan nama dan tema persidangan ini, objektifnya adalah untuk mengupas isu-isu Transformasi
Pembangunan Pelajar / Mahasiswa dalam menuju negara maju 2020. Hasil daripada persidangan ini,
segala pengalaman dan perkembangan tentang transformasi pembangunan pelajar dapat diketengahkan.
Di antara objektif persidangan ini adalah:
- Memahami sejarah pembangunan pelajar / mahasiswa di Malaysia.
- Mengiktiraf peranan, sumbangan dan kejayaan Institusi Pengajian Tinggi ke arah pembangunan
fizikal negara.
- Bertindak dengan sewajarnya dalam menghasilkan graduan yang berkualiti dengan mengambil kira
keperluan industri dan pelanggan.
- Mewujudkan satu platform bagi tenaga akademik dan badan profesional bagi memperkenalkan
dan membentangkan hasil pengalaman dan berkongsi kaedah atau cara pengendalian
pembangunan pelajar / mahasiswa.
- Menjana idea transformasi pembangunan pelajar / mahasiswa dalam peranan dan cabaran institusi
pengajian tinggi, industri dan badan profesional dalam era globalisasi dalam mencapai negara maju.
SASARAN PESERTA
Ahli-ahli akademik, guru-guru, kaunselor, pentadbir, pengurus asrama, pelajar, mahasiswa dan para profesional yang terlibat dalam pembangunan pelajar serta individu yang berminat untuk menyertai persidangan ini.