PANGGILAN KERTAS KERJA

Panduan untuk Pengarang
Abstrak mesti sampai ke sekretariat persidangan pada atau sebelum 15 Jun 2010

Penyediaan Abstrak
Abstrak dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris tidak melebihi 500 patah perkataan mesti dihantar secara terus (online) dalam format Microsoft Word sahaja, saiz A4 dengan menggunakan tulisan Times New Roman, saiz 12.Pengarang diminta untuk mengenalpasti bidang yang bersesuaian dengan kertas kerja tersebut.Abstrak mesti mengandungi tajuk kertas kerja, nama-nama pengarang,alamat majikan, nombor telefon dan faks, alamat emel, kata kunci (keyword) (tidak lebih dari 5 kata kunci), latar belakang, objektif, rumusan metodologi, hasil dan perbincangan.Tajuk kertas kerja mesti tidak melebihi dari 150 karakter dan mesti dalam format title case. Ulasan abstrak akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal. Seorang pengarang dari setiap satu kertas kerja perlu mendaftar sebagai pembentang kertas kerja dan menyertai persidangan. Untuk mendapatkan sambutan yang memberangsangkan, skop yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

  1. Pengurusan Pembangunan Pelajar
  2. Perkembangan Pembangunan Pelajar
  3. Penasihatan Akademik
  4. Pembangunan Ko-Kurikulum
  5. Penggunaan ICT dalam Pembangunan Pelajar
  6. Pengantarabangsaan Pembangunan Pelajar
  7. Kemahiran Insaniah
    1. Kemahiran Berkomunikasi
    2. Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyelesaikan Masalah
    3. Kemahiran Kerja Berpasukan
    4. Pembelajaran Berterusan & Pengurusan Maklumat
    5. Kemahiran Usahawan
    6. Etika & Moral Profesional
    7. Kemahiran Kepimpinan

Pengesahan Penerimaan Abstrak
Notis pemberitahuan penerimaan abstrak akan dihantar kepada pengarang melalui emel. Pengarang boleh menghubungi sekretariat persidangan sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas 7 hari bekerja daripada tarikh penghantaran abstrak.

PENGANJUR
DENGAN KERJASAMA
Institusi Pembangunan Felo Universiti Teknologi Malaysia
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan
&
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Pejabat Pengajian Pra Siswazah
Universiti Teknologi Malaysia