Muat Turun
Panduan untuk Penulis
Abstrak mesti sampai ke sekretariat persidangan pada atau sebelum
30 Oktober 2008.
Penyediaan Abstrak
Abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan mesti dihantar secara terus (online) dalam format Microsoft Word sahaja, saiz A4 dengan menggunakan tulisan Times New Roman, saiz 12 dan menurut format APA. Penulis diminta mencatatkan bidang yang bersesuaian dengan kertas kerja tersebut. Abstrak mesti mengandungi tajuk kertas kerja, nama-nama pengarang,alamat majikan, nombor telefon dan faks, alamat emel, kata kunci (keyword) (tidak lebih dari 5 kata kunci), latar belakang, objektif, rumusan metodologi, hasil dan perbincangan.Tajuk kertas kerja mesti tidak melebihi dari 150 karakter dan mesti dalam format title case. Ulasan abstrak akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal. Seorang pengarang dari setiap satu kertas kerja perlu mendaftar sebagai pembentang kertas kerja dan menyertai persidangan. Tajuk kertas kerja berdasarkan sub-tema berikut:
i. Pengurusan Organisasi
- Kepemimpinan dan Kepengetuaan
- Sekolah Kluster / Sekolah Berkesan/ Sekolah Bestari/ Sekolah Ikut Fungsi
- Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru
- Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
- Pengurusan Pendidikan Swasta
ii. Pengurusan Pengajaran
- Kurikulum dan Pedagogi
- Pentaksiran
- Profesionalisme Keguruan
- Masalah Pembelajaran
- ICT dalam Pengajaran
- Sukan dan Rekreasi
- Pembestarian Sekolah
iii. Pembangunan Modal Insan
- Kaunseling Dalam Pengurusan
- Etika dalam pengurusan
- Psikologi dalam pengurusan
- Latihan dan Pembangunan Profesional
- Sekolah Sukan/Sekolah Seni
Pengesahan Penerimaan Abstrak
Notis pemberitahuan penerimaan abstrak akan dihantar kepada pengarang melalui emel. Pengarang boleh menghubungi sekretariat persidangan sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas 7 hari bekerja daripada tarikh penghantaran abstrak.
p/s : Bahasa Untuk Pembentangan adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris