Logo

Persidangan NLP pertama di Malaysia!!!

Pastikan anda meluangkan masa mengikuti persidangan ini. Jika anda benar-benar mahu mengetahui rahsia minda, rahsia kejayaan diri, rahsia komunikasi paling mantap, rahsia pembinaan matlamat unggul, dan berbagai rahsia lagi pastikan anda mengikuti program ini.

Buat julung kalinya satu Persidangan NLP Kebangsaan akan diadakan di Malaysia. Persidangan selama 2 hari dalam Bahasa Malaysia akan mengupas penggunaan dan aplikasi NLP dalam kehidupan seharian. Sebanyak 8 kertas kerja yang merangkumi pelbagai bidang penggunaan NLP akan dibentangkan dalam seminar tersebut.

 

Pengenalan

NLP atau Neuro-Linguistic Programming merupakan satu penemuan teknologi minda yang amat ampuh dan berkuasa lebih dari 30 tahun dahulu. Perakuan mengenai keberkesanan dari kaedah yang sistematik mengenai pengalaman subjektif manusia mempunyai banyak bukti. NLP adalah berasaskan pada pencontohan atau memodelkan sesuatu kecemerlangan sesuatu perkara oleh individu tertentu.

Penggunaannya semakin meluas di dunia terutama dalam terapi, perniagaan, pendidikan dan sukan. Dari penyampaian dalam Bahasa Inggeris kini ianya sedang ditunjuk cara dalam pelbagai bahasa termasuk Cina, Itali, Perancis, German, dll. Kini penyampaian dalam Bahasa Melayu sudah dilakukan di Malaysia dengan hasil yang sungguh menggalakkan.

 

ISTIMEWA!!
Semua peserta akan mendapat buku bertajuk
“RAHSIA SAINS & SENI KEJAYAAN DIRI”
dan analisa cap jari mengesan potensi bakat
secara
PERCUMA!

 

Anjuran

 

 
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) Akademi NLP Malaysia