Beliau adalah seorang life coach & pakar motivasi dengan pengalaman lebih dari 30 tahun. Beliau juga adalah seorang jurulatih NLP bertauliah “Certified NLP Trainer (NFNLP, USA), certified Meta Coach (ACMC) NLP Master Practitioner, NLP & Neuro Semantics Practitioner. Mempunyai ijazah MBA (International Business) USC, BSc Agribusiness Economics (SIU-C) dan Diploma Sains Pertanian (UPM). Penulis buku motivasi “Anda Berhak Hebat” ini telah banyak mengendalikan kursus pembangunan diri di Malaysia dan Brunei. Ribuan individu telah mengikuti programnya dari kalangan profesional, eksekutif perniagaan, pegawai kerajaan dan tentera, guru-guru, ibu bapa dan pelajar. Di antara organisasi yang pernah menyertai programnya ialah JPJ, CIMA, UUM, UKM, UTM, UiTM, UIA, Yayasan Basmi Kemiskinan, Brunei Armed Forces, Baitulmal Sarawak, SIT International College, Jabatan Koperasi Malaysia, NPC, MBSA, Jabatan Tenaga Rakyat, Royal Army Engineer, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dll. Program motivasi terbesar dikendalikan beliau telah dihadiri lebih daripada 1,200 pelajar yang bakal menduduki SPM dan PMR di Auditorium MBSA Shah Alam.
|