PROF. MADYA WAN ZULKIFLI WAN YUSOF
kini memegang jawatan sebagai Ketua Unit Pembangunan Profesional di Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM Skudai. Beliau juga adalah seorang staf akademik di Fakulti Kejuruteraan Awam UTM. Beliau telah banyak mengendalikan kursus dan bengkel untuk para profesional dan masyarakat umum yang merangkumi pengurusan projek, pengurusan organisasi, pembentukan sikap, menangani perubahan, kepimpinan dalam pengurusan, motivasi kerja, pengurusan dan pembangunan diri dan semangat kerja berpasukan. Prof. Madya Wan Zulkifli juga merupakan Certified Master Trainer untuk CREDO Personality Profiling (CPP), ahli New Zealand Institute of Management (NZIM), dan ahli Malaysia Institute of Management (MIM) dan Pengamal NLP Bertauliah (NFNLP, USA).
DATIN MELOR WATI DARUS
Pereka fesyen bagi rekaan busana Muslimah dengan sentuhan moden. Rekaanya turut digayakan dalam rancangan TV seperti dalam program Jodoh (NTV7) dan Hidayah (TV3). Beliau juga menulis mengenai isu yang berkaitan dengan imej dan fesyen dalam Majalah Muslimah. Kerap dijemput memberi ceramah penampilan diri/fesyen dan demosntrasi pemakaian tudung/skaf di dalam dan luar negara, seperti dalam Fashion Show KL Fashion Week anjuran The Star 2005 dan Scarve stylist for Celcom xPac Eastern Region Billboard - 2005
USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD
merupakan pendakwah dan perunding motivasi serta pakar rujuk Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Beliau sering muncul sebagai panel jemputan di dalam Forum Perdana TV 1, Al-Kuliyyah, Motivasi Pagi, Al-Hidayah, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 dan Halaqah di TV 9. Dalam masa yang sama, beliau turut sama menyumbang idea dan pandangan dalam majalah Anis, Harmoni, Nona, Mingguan, Wanita dan Berita Harian. Ustazah Siti Nor Bahyah juga telah melahirkan lebih 40 buah album pelbagai tajuk ceramah agama, motivasi dan tips-tips yang lain dalam bentuk VCD, CD dan kaset. Beliau telah berjaya mendapat anugerah “Outstanding Achievement” dalam penjualan albumnya daripada Telaga Biru Sdn Bhd.