Silibus program ini telah disusun agar para peserta dapat mencapai objektif-objektif berikut:
- Memahami bagaimana personaliti, jantina dan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi dan stail pembelajaran.
- Menyedari bahawa terdapat banyak gaya dan jenis berfikir yang berkait rapat dengan seminar ini.
- Mempelajari petua agar mudah diri didengari dan dinilai untuk mendapat peluang yang lebih baik.
- Menyerlahkan potensi diri agar tampil lebih berkarisma dan bergaya.
- Menguruskan imej dan juga penampilan selain menyesuaikan imej dan penampilan dengan suasana, persekitaran, majlis dan juga etika.
- Meningkatkan keupayaan, mengoptimum dan memanipulasikan kuasa minda untuk digunakan di tempat kerja dan kehidupan seharian.
- Mempelajari bagaimana menggunakan kuasa minda sebagai salah satu medium komunikasi.
- Mengoptimum dan mengharmonikan potensi luaran dan juga dalaman diri para peserta.