OBJEKTIF

Objektif seminar ini antaranya adalah untuk membina jati diri peserta agar berani menghadapi sebarang cabaran, dugaan dan ujian agar dapat mengimbangi kepentingan diri, kerjaya dan keluarga disamping berfikiran positif dan sentiasa bersemangat.

Seminar ini juga bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan baru terutama dari segi penjagaan kesihatan melalui pemakanan dan cara hidup, bagaimana menghadapi dan berdepan dengan situasi berbahaya dan berisiko terhadap wanita, mengetahui hak-hak wanita dan cara penjagaan serta penampilan diri yang memberi kesan terhadap keyakinan diri.Selain itu sumbangan untuk PROGRAM BERSAMAMU TV3 juga akan dijalankan.


SASARAN PESERTA

1. Semua WANITA

2. Golongan WANITA yang bekerjaya, pelajar perempuan, suri rumahtangga dan sesiapa sahaja wanita yang berminat untuk menghadiri Seminar SRIKANDI2011 ini.

 

MATLAMAT SEMINAR SRIKANDI 2011

1. Meningkatkan motivasi diri, berani menghadapi sebarang cabaran agar dapat mengimbangi kepentingan diri, kerjaya dan keluarga di samping berfikiran positif dan sentiasa bersemangat.

2. Mendapat pengetahuan baru terutama dari segi penjagaan kesihatan melalui pemakanan dan gaya hidup, teknik menghadapi situasi berbahaya dan berisiko terhadap wanita serta mengetahui hak-hak wanita mengikut perundangan.

3. Mengurangkan stres di tempat kerja di samping berhibur dan bersantai dalam suasana yang ilmiah.

4. Saling bertukar pendapat sekaligus menjalin hubungan kerjasama yang baru.