Datuk Dr. Zulkifli Ismail

Topik: Anak atau Kerjaya: Manakah Keutamaan Anda?
Datuk Dr. Zulkifli Ismail merupakan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pengilsuhan Positif (Positive Parenting Management Committee). Beliau banyak memberi ceramah kesedaran yang berkaitan dengan kekeluargaan,penjagaan anak,keselamatan dan kesihatan kanak·kanak.

Dr. Jeyarajah Sivalingam
Topik: Penjagaan Keslhatan Alaf Baru . Apa yang Perlu Anda Tahu

Antara bidang utama yang diminati oleh Dr Jeyarajah Sivalingam ialah perubatan pencegahan yang memberifokuskepada penyelidikan sel stem dan modulasi hermon.
Beliau telah mendapat latihan formal dalam kardiologi di Fakulti Perubatan UiTM dan UN. Dr. Jeyarajah Sivalingam ialah ahli Royal College of Physicians (UK). Beliau aktif mempromosikan penggunaan testosteron dan telah berucap dalam forum-forum mengenai mengatasi sakit jantung, obes, dan kencing manis. Beliau juga menjalankan kajian klinikal ke atas rawatan kencing manis menggunakan sel stem. Memandangkan beliau meminati bidang Perubatan Pencegahan, menjurus kepada perubatan pencegahan dan gabungan khususnya bagi merawat penyakit kronik dengan sel stem. Pada masa ini beliau menjadi pengamal perubatan di Klinik MAC, Bangsar dan konsultan pelawat untuk Pusat Perubatan Primanora. Dr Jeyarajah juga merupakan ahli kepada Royal College of Physicians (UK) tahun 2005.

Dr. Nurashikin Ibrahim
Topik: Kendali Stres dalam Mencapai Kesihatan Mental yang Optimum

Dr. Nurashikin Ibrahim adalah Doktor Kesihatan Awam dan Penolong Pengarah Kanandi Unit Kesihatan Mental, MESVIPP (Program Kesihatan Mental, Penderaan, dan Pencegahan Kecederaan Keganasan). Pada tahun 2009 beliau telah menjalani latihan dalam Pencegahan Membunuh Diri di Institut Penyelidikan dan Pencegahan Membunuh Diri di Australia. Beliau juga menyertai Institut Hyogo untuk tekanan traumatik di Jepun. Dr Nurashikin mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang kesihatan umum (Kesihatan Keluarga, UM) dari Pusat Kesihatan Umum Universiti Malaya dan ljazah Sarjana Muda dalam bidang pembedahan dari Universiti Malaya pada1994.
Beliau juga bergiat aktif dalam Perjanjian Prestasi Kerja WHO contohnya dalam melaksanakan Pelan Tindakan untuk Pencegahan Membunuh Diri, Pembangunan Servis Kesihatan Mental untuk Komuniti sehingga 2004. Kini beliau sedang menyiapkan kertas cadangan Pelan Tindakan dan Strategik Kebangsaan untuk Pencegahan Membunuh Diri di peringkat Kementerian Kesihatan. Beliau juga selalu memberi ceramah berkaitan kesihatan mental dan pengurusan tekanan kepada sektor awam dan swasta termasuk badan berkanun seperti NIOSH. Beliau juga merupakan penulis yang banyak menyumbangkan idea beliau dalam majalah-majalah yang berkaliberseperti I-Sihat.

Kamal Affendi Hashim
Topik Jenayah Ke Atas Wanita

Kamal Affandi Hashim merupakan aktivis dan Penganalisis Jenayah. Beliau sering diundang memberi ceramah tentang kesedaran mengurangkan atau mengelakkan berlakunya jenayah dan membuat demonstrasi mempertahankan diri apabila berlaku situasi yang berdepan dengan penjenayah. Kamal Affandi Hashim juga kerap diundang dan menjadi jurucakap untukYayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Suzana Ghazali
Topik: Kecemerlangan dalam Institusi Kekeluargaan dan Kerjaya

Merupakan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie. Beliau juga merupakan Kolumnis tetap dalam ruangan Resipi Hidup di majalah Mingguan Wanita, Dilema Perkahwinan, Pa&Ma dan Cermin Diri di akhbar Kosmo. Beliau juga aktif memberikan ceramah dan sering mendapat undangan menjadi panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro. Beliau juga berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998.