Pengenalan

     Dalam zaman yang serba mencabar , tugas dan tanggungjawab institusi pengajian tinggi dan juga institusi-institusi latihan kemahiran semakin mencabar.Seluruh masyarakat telah melihat dan memberi tanggungjawab membentuk dan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan serta berketrampilan kepada institusi-institusi pendidikan khususnya institusi yang menekankan kemahiran teknikal dan vokasional.Kemahiran-kemahiran ini penting bagi melahirkan modal insan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak negara.Berdasarkan kepentingan dan harapan tersebut seminar ini diharapkan dapat menjadi medan pertemuan para-para ilmuan dan warga pendidik untuk sama-sama menbincangkan isu-isu berkaitan dengan perlaksanaan sistem pendidikan teknik dan vokasional , serta memutuskan dapatan-dapatan kajian dan strategi-strategi yang bersesuaian bagi mempertingkatkan lagi kaedah dan kualiti pendidikan negara.

Objektif

Antara objektif seminar adalah:

• Mempertemukan ahli-ahli ilmuan serta warga pendidik untuk bertukar-tukar idea , pendapat dan pandangan serta dapatan kajian berkaitan dengan isu-isu pendidikan.

• Memberi peluang para peserta mempercambahkan ilmu-ilmu pendidikan pendidikan serta medan perbahasan tentang pelbagai aspek pendidikan masa kini dan masa akan datang.

• Memberi peluang kepasa para pendidik dan ahli-ahli ilmuan membincangkan isu-isu pendidikan semasa serta mengemukakan pendapat tentang kualiti pendidikan hari ini.

• Merumuskan hasil-hasil pembentangan serta mengaturkan strategi-strategi yang sesuai untuk memantapkan lagi perlaksanaan sistem pendidikan negara.